Malay English

Kunjung Hormat ke Pejabat Undang Luak Rembau

Written by Super User on . Posted in Artikel

Pada 23 hb April 2013 telah diadakan satu lawatan kunjung hormat ke atas TM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhamad Sharip Hj Othman YTM Dato' Undang Rembau Ke 21di Pejabat Undang Luak Rembau yang diketuai oleh Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau iaitu En Noorzainee Shah Bin Ibrahim bersama  Pegawai MARA Daerah HJ. AZIZAN BIN ABDUL SAMAD beserta Timbalan Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau (KP&HEP) En. Che Ab Karim Bin Awang, Timbalan Pengarah HEA En. Kamarul Ariffin Bin Mahumdin, dan En. Norazmir Bin Jaafar. 

AKTIVITI SENAMROBIK

Written by Super User on . Posted in Artikel

Tahniah kepada warga Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau kerana bersama-sama menjayakan aktiviti Senamrobik Perdana KKTM Rembau yang diadakan setiap hari Khamis yang mendapat sambutan yang menggalakkan dan terima kasih kepada semua yang turut serta. Pihak pengurusan mengharapkan agar lebih ramai lagi warga KKTM Rembau terutamanya pelajar untuk turut serta dalam aktiviti senamrobik ini setiap minggu bagi memastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali kita semua mengeluarkan peluh. InsyaAllah....

Pengiktirafan akreditasi dari Malaysia Qualification Agency (MQA)

Written by Super User on . Posted in Artikel

TAHNIAH! Itulah ucapan dan penghargaan yang patut diberikan kepada semua wargakerja Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau kerana pada tanggal 12 Oktober 2011 institusi ini dengan rasminya telah mendapat pengiktirafan akreditasi dari Malaysian Qualification Agency (MQA) bermula 12 Januari 2011.

Kurikulum program yang telah dibangunkan sendiri hasil usahasama tenaga pengajar Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT) bersama penasihat-penasihat luar dari bidang akademik dan industri tanpa perkhidmatan (Technology Provider) telah melayakkan KKTM Rembau mendapat pengiktirafan tersebut. KKTM Rembau merupakan satu-satunya IPMa yang menawarkan program Art & Creative Design diperingkat diploma seperti Fashion Design, Furniture Design, Interior Design, Digital Media Design Digital Film & Animation.

Melalui program ini seramai 76 orang pelajar jurusan ini telah menerima diploma pada Majlis Konvokesyen Perdana KKTM dan IKM yang diadakan di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya pada 17-19 September 2011 yang lalu. Hasil daripada program tersebut seramai 5 orang pelajar telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara seperti United Kingdom dan Australia bagi mengikuti program masing-masing.

Lawatan ke Melaka Batik House

Written by Super User on . Posted in Artikel

Lawatan Sambil Belajar telah diadakan ke Melaka Batik House (MBH) pada 26 Februari 2011. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 19 orang pelajar dan 2 orang tenaga pengajar dari Program Diploma Rekabentuk Fesyen. Mereka telah memilih pakej DIY batik mencanting dan mewarna sewaktu lawatan tersebut dijalankan dan menerima sambutan baik oleh pihak Melaka Batik House. Para Pelajar telah diberi penerangan mengenai batik dan kaedah-kaedah membuat batik itu sendiri seperti melakar, mancanting dan teknik mewarna.

Pameran Galeri Seni KKTMR 2011

Written by Super User on . Posted in Artikel

Pameran Galeri Seni Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau pertama kalinya telah diadakan pada 6 April 2011 bertempat di Dewan Sinan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau.

Pameran ini dapat membuka peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan karya mereka sepanjang menuntut di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau dan secara tidak langsung memberi pendedahan bermakna dengan realiti pasaran pekerjaan. Pameran seni ini dibahagikan kepada 5 kategori yang mewakili 5 program yang ditawarkan di KKTM iaitu Rekabentuk Media Digital, Filem & Animasi Digital, Rekabentuk Fesyen, Rekabentuk Dalaman dan Rekabentuk Perabot. Pameran ini juga melibatkan lebih 500 karya pelajar KKTM Rembau dari semester 1, 2, 4 dan akan dinilai setiap kali penghujung semester. Antara yang dipamerkan ialah rekaan perabot, baju, filem pendek, pelbagai jenis lukisan dan pakaian mengikut kursus masing-masing.

Turut diadakan pertandingan lukisan bagi mencungkil bakat-bakat seni dikalangan para pelajar KKTM Rembau selain mewujudkan satu persaingan sihat antara mereka. Muhammad Aizudin bin Mazlan muncul sebagai johan dan pemenang kedua dimenangi oleh Mohd Hafiz Mohd Hasbullah manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Zainudin Mohd Nazri

More Articles...